Pelaburan Unit Amanah Berasaskan Syariah adalah terbaik dan Berkat
Pelaburan berasaskan syariah sangat baik, halal dan berkat. Ia sejajar dengan saranan syariat islam supaya kita sentiasa memastikan pendapatan atau income yang diperolehi dari sumber yang halal dan bebas dari unsur riba.
Sebagai perunding cwa unit amanah yang berurusan dengan jual dan beli unit amanah, sudah tentu saya suka menyarankan kepada para pelabur supaya sentiasa mengambil berat dalam soal pilihan dana supaya melabur dalam pelaburan yang mematuhi syariah. Walaubagaimanapun para pelabur boleh membuat keputusan sendiri. Jika anda sudah melabur dalam dana konvensional dan ingin menukar kepada patuh syariah, anda boleh hubungi perunding cwa unit amanah kami untuk melakukan pindahan (switching) kepada dana yang mematuhi syariah.
|
|
Testimoni saya sebagai Perunding Unit Amanah CWA - cimb wealth advisor
Dengan pengalaman selama lebih dari 8 tahun sebagai agen unit amanah sudah tentu sesiapa sahaja akan memiliki senarai pelanggan atau pelabur asalkan anda lakukan dengan komited. tidak terkecuali kepada saya yang sehingga jan 2012 mempunyai senarai ratusan orang pelanggan yang terdari pelbagai bangsa, agama, umur dan latarbelakang pekerjaan. Kebanyakan mereka ialah rakyat Malaysia yang tinggal di seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah, ada juga di antara mereka dari penduduk asing yang bekerja di Malaysia.
Sekitar 65% pelabur saya adalah pelabur yang menggunakan skim KWSP manakala selebihnya mengunakkan pelaburan tunai. Ada juga sebahagianya menggunakan kedua-dua skim iaitu tunai dan skim kwsp. Dalam 15 peratus daripada mereka mengaplikasikan kaedah pelaburan jangka panjang di mana mereka membuat pelaburan secara berterusan atau dipanggil (SI-Standing Instruction) pada setiap bulan. SI ialah kaedah di mana pelabur membuat pelaburan setiap bulan dengan mengarahkan pihak bank supaya memindahkan duit mereka kepada akaun pelaburan unit amanah pada setiap bulan. Saya tidak pernah memilih kelas-kelas pelanggan tertentu sahaja sepertimana yang diamalkan oleh sesetengah agen unit amanah. Pada pendapat saya setiap daripada pelabur adalah aset kepada perniagaan saya tidak kira berapa jumlah pelaburan yang mereka ingin buat.
|
|
|
Jika anda ada sebarang soalan mengenai pelaburan unit amanah atau Kerjaya Perunding Unit Amanah, sila hantar pertanyaan anda kepada agen cwa kami di sini. |