Pelaburan Berasaskan Syariah Dana CWA Unit Amanah
Merujuk kepada pengalaman saya pelaburan yang berasaskan syariah boleh memberikan pulangan yang kompitatif setanding dengan pelaburan dalam dana konvensional. Daripada lebih 500 pelanggan saya, hampir 99% berminat dengan dana yang berasaskan syariah. Saya juga memang akan selalu mempromosikan dana dalam pelaburan yang berasaskan syariah. Dana berasaskan syariah mempunyai panel syariah yang dilantik dari pihak luar yang memastikan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana mestilah di dalam aset atau portfolio atau instrument yang patuh syariah. Kebelakang ini memang ramai pelabur yang suka melabur dalam dana-dana unit amanah yang mematuhi syariah (syariah compliant fund). Oleh kerana itu banyak pemain-pemain industri unit amanah seperti pihak bank melancarkan dana-dana patuh syariah kerana mereka menyedari kesedaran orang melayu (islam) terhadap hukum hakam dalam pelaburan. Pihak kerajaan Malaysia juga giat menjadikan Malaysia sebagai hub pelaburan syariah serantau. Malahan ramai juga dikalangan masyarakat bukan islam yang melabur dalam dana yang berasaskan syariah. |
|
Ahli Panel Syariah Unit Amanah Berwibawa![]() Gambar hiasan
Pada kelazimannya panel syariah terdiri dari tokoh agama yang mahir dalam bidang muamalat. Mereka merupakan penasihat syariah (Syariah Advisor) kepada mana-mana syarikat yang menjual produk-produk islamic. Apa yang paling utama ialah pilihan kepada bakal pelabur sudah semakin luas untuk sentiasa memilih produk pelaburan yang berasaskan syariah. Maklumat panel syariah akan dinyatakan dalam propektus sesuatu dana cwa unit amanah patuh syariah. Dengan kewujudan panel syariah atau syariah advisor yang tiada kepentingan dengan syarikat pengurusan dana, ia akan menambahkan lagi keyakinan para pelabur untuk terus melabur dalam dana-dana islamik. Sama ada anda melabur dalam dana unit amanah islamik atau konvensional, ia tetap memerlukan pelaburan jangka panjang untuk memberikan pulangan yang baik. Konsep pelaburan kedua-duanya adalah sama kecuali dana islamik mempunyai panel penasihat manakala dana bukan islamic (konvensional) tidak mempunyai panel penasihat syariah. Jika anda hendak memastikan dana unit amanah yang anda laburkan adalah dana patuh syariah, anda boleh merujuk kepada propektus dana tersebut. Biasanya buku propektus dana islamik berwarna hijau dan mempunyai nama dana keislaman seperti dana DALI Terdapat lebih dari 100 dana yang berasaskan syariah yang ditawarkan oleh syarikat unit amanah di Malaysia. Dengan pilihan yang banyak ini, para pelabur yang ingin melabur dalam dana patuh syariah tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat pilihan dan pecahan portfolio dalam pelaburan mereka. Jika anda ada sebarang soalan mengenai pelaburan unit amanah atau Kerjaya Perunding Unit Amanah, sila hantar pertanyaan anda di sini. |