Pengetahuan Pelaburan Unit Amanah CWA - cimb wealth advisor
![]() Pelaburan dalam konteks kewangan ialah satu usaha untuk mengembangkan atau menaikkan nilai aset atau kewangan dalam tempoh masa tertentu dengan risiko tertentu. Ia mungkin melibatkan hartanah, kewangan, komuditi, mata wang dan lain-lain aset. Sumber atau berapa banyak modal pelaburan yang anda ada belum menjanjikan keuntungan jika anda lakukan tanpa ilmu pengetahuan mengenainya. Dapatkan penerangan percuma dari agen cwa unit trust consultant kami yg profesional! Tidak kira apa juga bentuk pelaburan yang hendak anda lakukan, faktor yang paling utama ialah ilmu (khowledge) tentang pelaburan yang anda hendak buat. Ilmulah perkar ayang sangat berkuasa dalam bidang pelaburan mahupun lain-lain bidang. Ramai orang yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang pelaburan. Jika anda ingin berjaya dalam bidang pelaburan, pastikan anda menanamkan minat untuk mengikuti perkembangan dan ilmu pengetahuan mengenai bidnag pelaburan. Seorang tokoh terkenal yang memperluaskan falsafah mencapai kekayaan ialah Robert Kiyosaki, beliau seorang inventor dalam pemikiran mengenai cara dan bagaimana kita boleh maju dan menjadi kaya. Banyak buku yang ditulis beliau seperti yang paling popular Rich Dad Poor Dad yang menjadi bahan bacaan di kalangan usahawan perniagaan yang berjaya di dunia. Temui agen cwa unit amanah kami di sini Setiap orang dilahirkan adalah sama, tetapi yang membezakan ialah ilmu pengetahaun yang kita miliki apabila kit amembesar dewasa. Semua ini bergantung kepada sejauh mana kita suka mendalami ilmu pengetahuan dan menjadikan budaya membaca dan perkongsian maklumat satu cara hidup.
|
|