Kejayaan Agen CWA - Unit Amanah
  • Home
    • CWA Agent Unit Trust Consultant
    • Agen CWA KL
    • CWA Johor Bahru
  • Jadi Agen CWA Unit Trust Consultant
    • Langkah-Langkah Menjadi Agen CWA Unit Trust Consultant
    • Percuma Panduan Perunding CWA Unit Trust
    • Peluang Kerjaya Agen CWA Unit Amanah di Malaysia
    • Perunding CWA Unit Trust
    • Cute Exam CWA Unit Amanah
    • Agen CWA KL Dan Selangor
    • CWA Cimb Wealth Advisor Johor Bahru
    • Jobs Sebagai Agen CWA Unit Amanah
    • Testimoni Sister Millionaire
  • Pelaburan CWA Unit Trust
    • Percuma Panduan Pelaburan CWA Unit Trust
    • Cara Melabur Unit Amanah CWA
    • Skim Pelaburan KWSP Unit Amanah
    • Testimoni Pelaburan Unit Amanah Islamik
  • Perancangan Kewangan CWA Unit Trust
    • Kebaikan Unit Amanah CWA
    • Perancangan Kewangan CWA Unit Amanah
    • Pelaburan Unit Amanah Berasaskan Syariah
    • Cara Buat Pelaburan CWA Unit Trust
    • Pelaburan Dana Terbaik Unit Amanah
    • Fee Unit Amanah
    • Panduan Simpan Untuk Persaraan
  • Blog CWA Unit Trust
    • Join To Be Agent CWA Unit Trust- CIMB Wealth Advisor
    • Skim Pelaburan Kwsp
    • Pelaburan Unit Amanah Islamik
    • Cara Memantau Pelaburan Unit Amanah
    • Apa Dia Inflasi
    • Kenali Skim Cepat Kaya
  • Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)
  • Agency CWA Unit Trust
    • Agency Members Access
    • Agency Members
    • Group Aktiviti
    • Agency Supports
    • Business Opportunity Preview - Unit Amanah
  • Contact Us
    • Hubungi Agen CWA Unit Trust Kami

Kisah Kejayaan Luar Biasa Perunding CWA Unit Trust "Sistersmillionair" 

24/8/2015

0 Comments

 
Kuala Lumpur: “Kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata. Di peringkat awal, saya tiada masa untuk makan dan kerap bertukar pakaian di tandas awam semata-mata untuk bertemu dan ‘ambil hati’ pelanggan,” kata jutawan saham amanah dan insurans, Aida Nurlin Hanif, 32, menceritakan kerja kerasnya sebelum berjaya.

Ketika itu, dia perlu membahagikan masa antara pelajaran dan kerja kerana masih menuntut dalam jurusan Diploma Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menjadikan kakaknya, Nor Akmar, 36, sebagai idola, usaha gadis bertudung ini nyata berbaloi apabila mampu bergelar orang kaya baru ketika masih di universiti.

Masakan tidak, pada usia 21 tahun ketika rakan sebaya masih mengharapkan wang biasiswa dan pinjaman untuk menyara kehidupan di kampus, dia mampu memiliki kereta mewah Porsche Boxster.

Aida Nurlin yang lebih mesra disapa Elynn berkata, prinsip utamanya dalam setiap pekerjaan mesti dibuat sehingga sempurna dan berjaya.

Katanya, dia teruja melihat kekayaan kakaknya lantas yakin mampu memperoleh kejayaan sama jika berusaha bersungguh-sungguh walaupun dibebani komitmen sebagai pelajar.

Menurutnya, kuliahnya bermula jam 10 pagi, namun seawal jam 8 pagi setiap hari dia mengatur janji temu dengan pelanggan tetap atau mencari pelanggan baru.

nak jadi macam mereka yg berjaya, hubungi perunding cwa kami sakarang

Selepas janji temu, dia bergegas ke kuliah sebelum mengatur pertemuan lain ketika waktu makan tengah hari bagi membolehkannya mencapai sasaran peribadi.

“Rutin itulah yang dilalui sehingga tamat pengajian. Kadangkala sampai malam pun masih bertemu pelanggan hingga makan tak menentu,” katanya.

Kejayaan menakjubkan Elynn dan Akmar makin dikagumi pelbagai pihak hingga ramai menggelar mereka sebagai ‘millionaire sisters’ (jutawan adik-beradik).

Kini dua beradik kelahiran Ipoh, Perak ini mampu menjalani kehidupan bagaikan selebriti terkenal dunia, memiliki kereta dan banglo mewah serta membeli-belah di kota sehebat Paris, Perancis hasil keringat sendiri.

Mengimbau permulaannya sebagai perunding saham amanah, Akmar berkata, dia dipelawa seorang kenalan rapatnya untuk berkecimpung dalam bidang itu ketika berusia 23 tahun.

“Sebenarnya saya pemilik Ijazah Kejuruteraan Sistem Maklumat dari University of Manchester, Institute of Science and Technology (UMIST).

“Selepas menamatkan pengajian, saya sempat bekerja tiga bulan di sebuah syarikat besar di bidang teknologi maklumat (IT) sebagai pengurus besar.

“Namun, saya tidak puas dan beranggapan bidang amanah saham lebih sesuai dengan jiwa saya. Walaupun usia masih muda dan tidak ramai kenalan, saya yakin boleh melangkah jauh dengan usaha keras,” katanya.

Berkat kegigihannya, dia berjaya membuka agensi sendiri pada usia 25 tahun dan mengurus serta mengendalikan pelaburan hingga meletakkannya sebagai pengurus agensi kumpulan termuda di institusi kewangan terbesar di negara ini.

Malah, dia mampu memperoleh pendapatan lima angka atau sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan ketika berumur 26 tahun dan dua tahun kemudian, dia mampu melahirkan 10 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS).

“Rahsia kejayaan ialah mendapat restu orang tua. Ibu banyak memberi semangat manakala ayah, bekas Timbalan Pengarah Pendidikan di Perak serta adik-beradik banyak memberi kekuatan kepada kami berdua,” katanya.

Dua beradik jutawan itu pernah merangkul lebih 250 anugerah, termasuk Ikon Belia Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini, berikutan prestasi cemerlang sebagai perunding saham amanah.

Pencapaian lain termasuk Brand Ambassador, Group Agency Manager Platinum, Top GAM, Master Recruiter, Million Sales Achiever, Million Dollar Round Table dan Anugerah Usahawan Muda Universiti Malaya.

Sementara itu, mengenai projek terbaru, Elynn berkata, mereka melancarkan MyMep iaitu singkatan daripada Malaysian Young Millionaire Entrepreneur Project dengan kerjasama KBS dalam usaha membantu melahirkan usahawan muda berjaya dan dinamik dalam tempoh tiga tahun.
Contact Agen CWA Unit Amanah Kami
0 Comments



Leave a Reply.


    ​Author

    Kumpulan Agency Agent CWA Unit Amanah. Berpengalaman dalam bidang unit amanah dan merekrut agent baru cwa cimg wealth advisor. since 2010. hubungi agent cwa now

    Archives

    January 2016
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015

    Categories

    All
    Agen CWA Shah Alam
    Agen CWA Unit Trust
    Agent CWA CIMB
    CIMB CWA
    CIMB CWA JOHOR BAHRU
    Pelaburan CWA Unit Trust

    RSS Feed

    Picture
    Hantar Mesej Kepada Tassyaratnasari CWA Consultant


        Get Ebook Perunding       Unit Amanah CWA
Follow uson Google+
Home
Ingin Jadi Perunding Unit Amanah
Ingin Melabur Unit Amanah
Percuma Panduan Perunding Unit Amanah
Percuma Panduan Pelaburan Unit Amanah
Testimoni Agen Unit Amanah
Skim Persaraan Swasta (PRS)

Terus Hubungi Agen CWA  Unit Trust Kami 


Nak Jadi Agen CWA Unit Trust Consultant ? Click on Ebook..

Picture


​NR LEGACY - CIMB CWA KL
​Address: 
NR Legacy, C 616, Kelana Square, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya

    Minat Nak Melabur Atau Jadi Agen ? Isi Form..

    Nak Jadi Agen CWA
Hantar
Email Marketing

Disclaimer/Penafian

Laman web/blog ini bukan laman web/blog mengenai pelaburan tetapi lebih kepada perkongsian kerjaya sebagai Perunding CWA Unit Trust Consultant. Semua maklumat, data, image dan informasi dalam web ini tiada hubung kait dengan mana-mana organisasi atau syarikat. Ia merupakan satu perkongsian Penulis kepada pembaca tentang pengalaman dan pengetahuan Penulis sepanjang berkecimpung dalam kerjaya Perunding Unit Amanah. Pembaca dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pihak-pihak tertenu sebelum membuat sebarang keputusan. Penulis juga tidak bertanggungjawab atau menjamin  kemungkinan ketidaktepatan info yang dipaparkan.    Disclaimer ini terpakai untuk semua kanduangan dalam semua page dan blog web site ini.  Laman web ini tidak bertanggungjawap di atas semua komen dan pandangan pembaca.